Peribahasa
Peribahasa ialah
susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap
didengar dan bijak perkataannya.
Bagai bulan
dipagar bintang
Maksud: Wajah perempuan yang cantik
Bagai kaca
terhempas ke batu
Maksud: Sangat sedih
Bagai
minyak dengan air
Maksud:Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan
mustahil dapat dicampurkan jadi satu
Bagai
cincin dengan permata
Maksud: Sama padan, cocok benar
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Bagai
kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Bara
yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur
buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau
takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah
khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Bukit
sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang
lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah

mendapat kesenangan.
Di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat
telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung
anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Sedikit-sedikit,
lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak
cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Biar
mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan
payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Akal yang
sihat itu ada pada badan yang cergas
Maksud: Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau
idea yang bernas
Bagaimana
acuan begitulah kuihnya
Maksud: Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor
baka